SUKARELAWAN PERCUMA
Sukarelawan atau relawan atau volunteer atau pembantu sangat diperlukan oleh individu, masyarakat, organisasi, sektor atau negara tanpa mengira latar belakang dan pegangan agamanya untuk melaksanakan kerja atau perkhidmatan yang memberi kebaikan atau bantuan yang tidak mengharap imbalan atau pulangan itu.

Dari segi agama, Islam menuntut manusia tolong-menolong dalam perkara yang memberi kebaikan kepada mereka.  Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Ibn Khathir menjelaskan bahawa ayat ini menerangkan suruhan Allah SWT kepada orang mukmin untuk saling bantu-membantu melakukan kerja-kerja yang baik dan bertakwa menjauhi perkara yang mungkar serta melarang mereka daripada melakukan perkara yang batil, dosa dan maksiat.  Ibnu Jarir menegaskan bahawa pengertian dosa ialah tidak menunaikan perkara yang disuruh Allah SWT dan maksud pencerobohan dalam ayat di atas ialah melampaui had-had yang Allah SWT tetapkan dalam urusan agama dan melampaui ketetapan yang difardhukan ke atas diri manusia sendiri dan juga manusia yang lain. 


Ibn Khatir seterusnya menguatkan lagi penjelasan mengenai ayat di atas yang menunjukkan tabiat kehidupan ini dengan membawa dua buah hadis.  Hadis pertama diriwayatkan oleh Imam Ahmad, maksudnya "Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perlakuan mereka adalah lebih baik dan besar pahalanya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas perilaku mereka." (Imam Ahmad

Dalam kontek kita di Malaysia, tolong-menolong yang unik ialah tabung khairat kematian yang masih menjadi amalan apatah lagi di kampung-kampung.  Ia timbul dari rasa ikhlas para penyumbang yang saling bertolongan untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan kematian dan juga mengurangkan beban waris yang kematian ahli keluarga terdekat.  Tabung khairat kematian juga merupakan antara faktor yang mencetus kepada wujudnya sistem takaful di negara kita.

Di Malaysia, Sukarelawan itu diwujudkan bagi menyemai semangat kesukarelawan dalam kalangan anak muda dan belia negara menerusi nilai - nilai kekitaan, bersatu padu serta bekerjasama.  Bersama – sama menjayakan aktiviti dan program utama negara,  juga dilihat sebagai medan bagi seluruh belia Malaysia untuk sama – sama mencurahkan bakti usaha secara sukarela kepada negara.

Sukarelawan-sukarelawan yang sedia berkhidmat dari masa ke semasa. Antara bidang-bidang yang boleh anda hulurkan bantuan ialah:
Multimedia/Video
Fotografi
Website
Ceramah
Penulisan
Bantuan dari segi tenaga kerja atau material
Misi kemanusiaan
Keselamatan



Maka tidak salah untuk memberi bantuan atau sokongan sekiranya bantuan itu tidak menyalahi peraturan kerajaan dan peraturan agama berlandas sikap dan prinsip untuk memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Sikap mengharap imbalan atau pulangan diatas sesuatu pertolongan itu adalah sikap kemanusian yang tidak perlu berlaku kerana kesusahan yang dihadapi sesorang itu berbeza keadaan namun bagitu giliran atau kitaran masalah atau kesusahan itu juga akan diterima orang lain pada masa atau ketika yang berbeza.

Berilah apa juga bantuan kemanusiaan dengan percuma dan tidak semestinya terikat dengan syarat penyertaannya adalah:
a.  Sihat tubuh badan & tiada kecacatan fizikal
b.  Berminat menjadi sukarelawan


Dimasa kini, semangat saling membantu atau memberi bantuan di kalangan penduduk semakin ketara atau mendapat sambutan susulan dari kesedaran individu atau penglibatan pelbagai pihak untuk menghulur bantuan demi perpaduan dan kerukunan hidup berbilang kaum di negara kita ini.

No comments:

Post a Comment